Tuesday, January 26, 2010

MAT SAID:"SEMUA AHLI KORPORAT TERENGGANU 'KECEK'(TIPU) TERENGGANU"

Masih terngiang-ngiang telinga penulis mendengar rakaman cd persidangan DUN dakwaan,tohmahan dan keputusan pemikiran(mindset)YAB Menteri Besar Terengganu,Dato' Ahmad Said yang pernah suatu ketika pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu kalau tak silap pada tahun 2008 atau tahun 2009 ,melemparkan tuduhan secara terbuka di dalam Persidangan Penggal Dewan Undangan Negeri Terengganu -"SEMUA AHLI KORPORAT TERENGGANU TIPU TERENGGANU",yang bukan sahaja dilihat oleh beratus ribu cupak butir mata rakyat Terengganu malah didengar oleh berjuta biji telinga rakyat di luar Terengganu.
Terhiris betul perasaan penulis mendengar kata-kata kurang ajar bagaikan terpacul daripada seorang yang mungkin bagaikan ibubapanya lupa nak 'belah mulut' semasa kecil ataupun kalau belahpun,'belah, dengan sadat puting'.Tergamak seorang pembesar tertinggi negeri Terengganu yang menerajui kerajaan dan politik negeri Terengganu,atau dalam lain perkataan,KUN FAYAKUN jadi MB Terengganu, melemparkan tuduhan sekeji itu kepada ahli korporat Terengganu.Kalau adapun sekerat dua kes terpencil yang berperangai sedemikian, janganlah pula pakai main borong terhadap ahli korporat Terengganu yang lain macam borong kerak nnisan atau tukil tuak.
Tertanya-tanya penulis kepada diri sendiri dan orang lain,siapa ahli korporat Terengganu yang tipu Terengganu?Mohd Nor Taja ke?Chua Ah Kee ke?Allahyarham Tan Sri Yahya ke?Tan Sri Ahmad Zaki ke?Tan Sri Razalli Abd Rahman ke?Tan Sri Halim Mazmin ke?Agu Cina Kemaman ke?Maarop ke?Kamaruddin Ensi Desa ke?Hj Mohd Bina Struktur ke?Zainuddin ANZ ke?Semua kontraktor kelas A hingga F ke?Mohd Rahim MRA ke?Yusof Yasin ke?dan ramai lagi ahli korporat Terengganu yang tak pasal-pasal dilabel dengan pangilan yang sangat indah oleh seorang MB.Bak kata orang tua-tua dek kerana setitik nila habis rosak susu sebelanga....Tapi itu seorang pemimpin yang baik mampu memilih antara antah dan beras,yang mana tebu yang mana teberau....!!!

Namun harus diingat setiap manusia ada hati dan perasaannya.Bagaimana perasaan kita kalau kita berada di tempat seorang atau ramai ahli korporat Terengganu yang dilabelkan oleh seorang Menteri Besar negeri kita sendiri sebagai pengecek(penipu)Terengganu?Kalau kita selaku rakyat Terengganu yang ada syarikat korporat,ada wang tunai dalam tangan beratus juta RM,berhasrat untuk membantu pembangunan negeri dan rakyat Terengganu,mahukah kita memijak negeri Terengganu dan membawa balik pelaburan ke Terengganu?Biarlah orang sejujur dan amanah MB Mat Said,Agu dan kroni-kroninya membangun Terengganu.

3 comments:

  1. dengan keruntohan yg sentiasa berlaku di teranganu
    orang boleh percaya dgn apa yg dikatakan mb teranganu, apa yg hendak dimalukan tingut saja statistik,teranganu juara keruntuhan.

    ReplyDelete
  2. satu peringatan buat semua korporat

    ReplyDelete