Tuesday, January 26, 2010

MAT SAID:"SEMUA AHLI KORPORAT TERENGGANU 'KECEK'(TIPU) TERENGGANU"

Masih terngiang-ngiang telinga penulis mendengar rakaman cd persidangan DUN dakwaan,tohmahan dan keputusan pemikiran(mindset)YAB Menteri Besar Terengganu,Dato' Ahmad Said yang pernah suatu ketika pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu kalau tak silap pada tahun 2008 atau tahun 2009 ,melemparkan tuduhan secara terbuka di dalam Persidangan Penggal Dewan Undangan Negeri Terengganu -"SEMUA AHLI KORPORAT TERENGGANU TIPU TERENGGANU",yang bukan sahaja dilihat oleh beratus ribu cupak butir mata rakyat Terengganu malah didengar oleh berjuta biji telinga rakyat di luar Terengganu.
Terhiris betul perasaan penulis mendengar kata-kata kurang ajar bagaikan terpacul daripada seorang yang mungkin bagaikan ibubapanya lupa nak 'belah mulut' semasa kecil ataupun kalau belahpun,'belah, dengan sadat puting'.Tergamak seorang pembesar tertinggi negeri Terengganu yang menerajui kerajaan dan politik negeri Terengganu,atau dalam lain perkataan,KUN FAYAKUN jadi MB Terengganu, melemparkan tuduhan sekeji itu kepada ahli korporat Terengganu.Kalau adapun sekerat dua kes terpencil yang berperangai sedemikian, janganlah pula pakai main borong terhadap ahli korporat Terengganu yang lain macam borong kerak nnisan atau tukil tuak.
Tertanya-tanya penulis kepada diri sendiri dan orang lain,siapa ahli korporat Terengganu yang tipu Terengganu?Mohd Nor Taja ke?Chua Ah Kee ke?Allahyarham Tan Sri Yahya ke?Tan Sri Ahmad Zaki ke?Tan Sri Razalli Abd Rahman ke?Tan Sri Halim Mazmin ke?Agu Cina Kemaman ke?Maarop ke?Kamaruddin Ensi Desa ke?Hj Mohd Bina Struktur ke?Zainuddin ANZ ke?Semua kontraktor kelas A hingga F ke?Mohd Rahim MRA ke?Yusof Yasin ke?dan ramai lagi ahli korporat Terengganu yang tak pasal-pasal dilabel dengan pangilan yang sangat indah oleh seorang MB.Bak kata orang tua-tua dek kerana setitik nila habis rosak susu sebelanga....Tapi itu seorang pemimpin yang baik mampu memilih antara antah dan beras,yang mana tebu yang mana teberau....!!!

Namun harus diingat setiap manusia ada hati dan perasaannya.Bagaimana perasaan kita kalau kita berada di tempat seorang atau ramai ahli korporat Terengganu yang dilabelkan oleh seorang Menteri Besar negeri kita sendiri sebagai pengecek(penipu)Terengganu?Kalau kita selaku rakyat Terengganu yang ada syarikat korporat,ada wang tunai dalam tangan beratus juta RM,berhasrat untuk membantu pembangunan negeri dan rakyat Terengganu,mahukah kita memijak negeri Terengganu dan membawa balik pelaburan ke Terengganu?Biarlah orang sejujur dan amanah MB Mat Said,Agu dan kroni-kroninya membangun Terengganu.

Monday, January 11, 2010

""Mak Ku Oh " Ibu Mertua Isteri Keduaku

Alkisahnya  cerita orang tua-tua dari sebuah kampung di dalam Daerah Setiu.Dulu kalau sebut menantu bekas DO yang sorang ni,kini menjadi orang besar sebuah negeri,Mak Ku cepat-cepat meluahkan perasaan bencinya terhadapnya, "jangan sebut namo natu depan Mok Ku.Buke nyo natu tapi baso nate(bukannya menantu tapi binatang).Kecek kiro pun tak reti baso(bercakappun tak tahu bahasa)".

Namun segalanya berubah sekarang.Betullah peribahasa orang tua-tua sekali air bah sekali pasir berubah.Memang realitinya begitu.Betullah kata yang selalu bermain di bibir pemimpin besar ini,"kun payakun".Ternyata bukan setakat pasir berubah malah segala bukit-bukau,hutan-belukar,hutan simpan,kawasan tadahan hujan,kawasan sudah kerja,malah kayu por pun turut berubah.Apatah lagi hati manusia yang terbukti selalunya galir,loose dan sentiasa berubah-ubah.Kalau dulu benci Mok Ku terhadap menantu umpama melihat anjing kurap.Macam cerita 'ala Qasim' lakonan P.Ramlee dalam filem Ibu Mertuaku.Tapi kini Mok Ku dengan angkuhnya berani bersumpah,"selagi Mok Ku ni ada nyawo,selagi tu "Awe ......."tak ke(tak akan)cerai tanggal denge bini nombor duo dio.Kalu nok ke dio belakopun buleh.Gitu jugok selagi hayat Mok Ku masih ado,Awe.....??tetap akan jadi MB.Sapo gak berani tetang mato denge Awe...????Kalu dulu 23 loni tinggal sore duo lagi.Tupun nok gi mano gak.Natilah ado maso seket lagi,Mok Ku nak gi jupo Kiai biar menurut tunduk belako.Tengoklah selamo ni gapo rajo buleh buat bilo dok buat gapo-gapo pado wan ahmad?"

Kata orang tua-tua pula apabila kita bersahabat dengan yang lain daripada Allah SWT,bukan setakat kita sahaja yang dibinasakan Allah SWT malah seluruh orang yang kita pimpin juga akan turut binasa.

Saturday, January 9, 2010

ANAK GENERASI BUJAL,KEMAMAN

SIAPA AKU?Aku adalah anak kelahiran Kg Bujal Kemaman yang pernah merasai pengalaman keluarga aku dihalau oleh Penguatkuasa Pejabat Tanah Kemaman bersama-sama penghuni lain semasa zaman Idris, atas arahan exco kerajaan negeri pada masa itu,Ahmad Said dan kini berjawatan Menteri Besar Terengganu.Aku masih ingat pada masa itu aku berada di universiti, menerima panggilan daripada abangku yang beritahu bukan setakat rumah keluargaku diroboh tetapi musolla ataupun masjid tempat orang kampung bersembahyang.
Tetapi aku bukan baru kenal wakil rakyat Kijal yang bernama Ahmad Said ini.Bila aku ke pasar Kemaman,orang ramai bercakap pasal dia dengan angkuh sepak bakul penjaja dalam pasar Kemaman.Bukan setakat itu sahaja,malah selalu ajak orang lain bertumbuk.Tapi setakat ini masih belum ada orang Kemaman yang berani ditumbuknya.Zalimnya manusia ini.
Kini dia berlakon menjadi orang alim.Lebih alim dari ulama?Tapi mulutnya bagai ....?Kaki temberang sama seperti dia menjadikan rukun penipu sebagai rukun hidup dirinya apabila bercakap dengan bininya.Setengah orang panggil dia Mat Jeput.Hidup penuh dengan pura-pura.